Info Terkini :

Keputusan FAM Itu Sudah Dijangka - Presiden PBSNT

KUALA TERENGGANU: Terengganu menyifatkan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas T-Team dalam saingan Piala FA sudah dijangka dari awal lagi.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata beliau telah menjangkakan keputusan itu, sekali gus menutup peluang pasukan berstatus kelab dari negeri itu ke peringkat suku akhir Piala FA.

"Keputusan yang diumumkan FAM itu memang sudah dijangka dari awal lagi dan jangkaan itu memang tepat," katanya ketika dihubungi Khamis.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung keputusan tersebut.

Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM Kelana Jaya di Petaling Jaya, hari ini, membuat keputusan memberi kemenangan perlawanan pusingan kedua itu kepada JDT selepas T-Team didapati bersalah tidak menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua.

Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor, Sabtu lepas, T-Team, yang ketinggalan 2-1, enggan meneruskan perlawanan babak kedua atas faktor keselamatan.

T-Team mendakwa penyerang importnya dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari oleh pihak pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.