Info Terkini :

Azraai Khor Tak Layan Kontroversi Irfan Ghani

"SAYA tiada masa. Malas nak layan. Banyak lagi benda saya kena fikir."

Demikian pendirian pengendali T-Team, Mohd. Azraai Khor Abdullah ketika diminta mengulas mengenai kontroversi yang dikatakan cuba dicetuskan pemainnya, Muhammad Irfan Abdul Ghani.

Sebelum ini, pemain pertahanan The Titans itu mengejutkan ramai pihak apabila seolah-olah menyebelahi Johor Darul Takzim (Johor DT) yang juga bekas majikannya musim lalu.

Ketika tampil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor kelmarin, Irfan mendakwa tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru sebaik tamat aksi separuh masa pertama pusingan kedua kempen Piala FA 2014 antara Johor DT dengan T-Team yang menyaksikan tuan rumah mendahului 2-1 pada Sabtu lalu.

Irfan mendakwa, perlawanan tersebut tidak sepatutnya dihentikan kerana dia tidak melihat sebarang kecederaan dialami pemain import T-Team, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo yang dilaporkan dikasari.

Sebaliknya dakwa Irfan, hampir semua pemain mahu meneruskan permainan tetapi pembantu jurulatih pasukan The Titans, Azlan Johar membuat keputusan supaya mereka menghentikan permainan dan meninggalkan stadium.

Kenyataan Irfan kembali dibidas Azlan memandangkan pemain itu hanya pemain simpanan dan tidak berada di terowong berkenaan, selain menyifatkan pemain itu sebagai pengkhianat T-Team.

Dalam pada itu, Azraai juga enggan mengulas lanjut berhubung tindakan Irfan yang tiba-tiba 'muncul' di Johor selepas terlebih dahulu memberikan alasan kepada pihak pengurusan bahawa dia ada urusan keluarga di sana.

Beliau juga enggan mengulas mengenai masa depan Irfan bersama T-Team selepas ini.

"Buat masa ini, saya menerima apa juga keputusan FAM dengan positif," jelas beliau yang ditemani Azlan ketika hadir di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Usaha pemberita mendapatkan reaksi balas daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung perkara itu juga menemui jalan buntu selepas Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya dan pembantu jurulatih Johor DT, Ismail Ibrahim dilihat segera beredar meninggalkan pekarangan Wisma FAM selepas bermesyuarat bersama Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM semalam. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.