Info Terkini :

Kami Tidak tipu, Tak Juga Minta Simpati - Presiden PBSNT

Kuala Terengganu: “Kita cerita perkara sebenar bukan berbohong untuk menagih simpati.”

Itu pengakuan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berhubung kenyataan peguam dilantik Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Datuk Baljit Singh Sidhu yang mendakwa insiden pergaduhan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, diputarbelitkan T-Team.

Menurut Wan Ahmad Nizam, beliau tidak mahu mengulas lanjut berhubung kemelut itu agar tidak mengeruhkan lagi suasana, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengendalikan kes itu.

“Perkara ini dalam siasatan polis dan FAM, saya kena tunggu dan lihat keputusan mereka walaupun ada dakwaan yang menyatakan T-Team memutarbelitkan cerita sebenar,” katanya.

Beliau berkata, pengurusan T-Team juga akan melantik peguam berhubung kemelut yang membabitkan pemain dan pegawai pasukan itu.

Sabtu lalu, pemain T-Team tidak mahu meneruskan aksi pada babak kedua saingan Piala FA bertemu Johor DT selepas pemain importnya Evaldo Rodrigues mendakwa ditumbuk sehingga berdarah hidung oleh pegawai atasan Johor DT.

Selain itu, jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo turut mendakwa disepak di kemaluan oleh pegawai keselamatan ketika menuju ke bilik rehat sebaik selesai babak pertama.

Berikutan itu, empat laporan polis dibuat pihak T-Team di Balai Polis Kuala Terengganu pada 3 Februari lalu.

Sementara itu Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Terengganu (PETEH) Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata, langkah T-Team melantik peguam tepat untuk menyelesaikan masalah ini.

“Sebagai penyokong setia pasukan, kami menyokong langkah pengurusan T-Team untuk melantik peguam bagi mengendalikan kes ini,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.