Info Terkini :

T-Team Titans Mahu Rombak Pasukan

Kuala Terengganu: Sedar pasukannya kini menghuni tangga tercorot Liga Super, T-Team akan melakukan rombakan apabila jendela perpindahan pemain tempatan dan import dibuka selama sebulan, bermula 23 Mac depan.

Jurulatih T-Team Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, rombakan pemain perlu dilakukan dalam misi untuk bangkit semula terutama selepas berada dalam kedudukan terbawah liga dengan hanya empat mata daripada lima perlawanan dengan hanya menang sekali.

“Beberapa pemain tempatan sudah dikenal pasti terutama untuk posisi kritikal termasuk bahagian sayap. Saya harap kemasukan pemain baru itu nanti akan membolehkan kami memburu satu trofi seperti sasaran pihak pengurusan,” katanya pada majlis pemain bersama peminat di Sabasun Wakaf Tembesu, kelmarin.

Mengenai pemain import, jurulatih berusia 62 tahun itu turut mengakui belum berpuas hati sepenuhnya dengan kelibat empat pemain luar itu dan membayangkan akan menggantikan mereka yang gagal menyerlah dengan muka baru.

“Namun saya tidak mahu terburu-buru menggugurkan mereka sebaliknya memberi peluang kedua kepada mereka sebelum pintu perpindahan dibuka.

“Sekiranya mereka gagal menyerlah dalam tiga atau empat perlawanan terakhir, saya akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang boleh diambil termasuk mencari pemain import lebih berkualiti,” katanya. Pada awal musim T-Team mengikat dua pemain dari Brazil, Fabio Flor yang beraksi di bahagian pertahanan dan penyerang Evaldo Goncalves serta pemain Chile, Nelson San Martin selain pemain kelahiran Indonesia Patrick Wanggai. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.