Info Terkini :

T-Team Nafi Dakwaan Campur Tangan Duta Brazil


KEHADIRAN Duta Brazil ke negeri ini kelmarin tiada kaitan dengan insiden terowong di Larkin yang berlaku pada 1 Februari lalu, sebaliknya kunjungan Maria Auxiliadora Figueirado itu bertujuan memantau perkembangan tiga rakyatnya yang berkhidmat bersama pasukan T-Team, selepas menerima aduan berhubung perkara itu.

Pemain kelahiran Brazil yang kini bersama pasukan berstatus kelab itu terdiri daripada Evaldo Rodrigues dan Fabio Flor de Azivedo serta jurulatih kecergasan pasukan, Stefano Impagliazzo.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh menafikan kunjungan Maria Figueirado ke Terengganu adalah untuk campur tangan berhubung kejadian di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu.

“Saya sahkan tidak ada campur tangan daripada kedutaan Brazil, malah kehadiran Figueirado sebagai lawatan beliau ke kelab rakyatnya beraksi, selain meminta penjelasan daripada pihak pengurusan apa sebenarnya yang berlaku.

“Selepas mendengar penjelasan dan melihat sendiri keadaan di negeri ini, beliau berpuas hati termasuk tahap keselamatan tiga raknyanya di sini. Jadi, saya rasa tidak timbul isu campur tangan,” katanya ketika ditemui pada majlis T-Team bersama media di Permai Hotel, kelmarin.

Pada majlis itu The Titans menerima tajaan tambahan sebanyak RM150,000 daripada tiga penaja iaitu Permai Hotel (RM50,000); CVE Sport (RM50,000) dan Kopi Super Jantan (RM50,000).

Sementara itu, ditanya kedudukan Muhammad Irfan Abd Ghani bersama pasukan itu, Ab Rasid berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan sebaliknya menyerahkan kepada Lembaga Tatatertib T-Team untuk memutuskan bentuk hukuman yang bakal dikenakan.

“Sejak dia balik (Johor), dia tak pernah hubungi kami dan kami pun tak tahu apa cerita dia di sana. Memang dia letak jawatan dan perkara itu kita serah kepada jawatankuasa tatatertib (T-Team).

“Biarpun pemain ini menghantar surat peletakan jawatan, namun dia tidak terlepas daripada sebarang tindakan dengan kesalahan melanggar kontrak yang ditandatangani seperti tidak turun menjalani latihan dan memberi kenyataan media tanpa meminta izin majikan,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.