Info Terkini :

Pemain Terengganu Dan T-Team Akan Dirombak


KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan merombak barisan pemain dalam pasukan negeri Terengganu dan T-Team.

Presidennya Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata rombakan itu dilakukan memandangkan pintu perpindahan pemain bakal dibuka pada April nanti.

Katanya pertukaran pemain yang bakal dilakukan itu bukan sahaja melibatkan pemain import malah berkemungkinan besar turut membabitkan pemain tempatan.

"Keputusan itu akan dibuat sekiranya pemain kedua-dua pasukan itu masih tidak mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing selepas saingan Liga Super kembali bersambung 8 Mac nanti.

"Langkah yang kita lakukan ini untuk memantapkan kedua-dua pasukan itu dan kini kita sedang mengintai beberapa pemain import di beberapa negara," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Namun, kata Wan Ahmad Nizam, rombakan ini bukan melibatkan semua pemain import dan pihaknya sudah mengenal pasti siapa yang bakal diketepikan.

Beliau berkata pihaknya tidak mahu melakukan kesilapan mengambil pemain kerana ia jelas merugikan pasukan.

Walaupun pasukan Terengganu kini berada di persada Liga Super namun ia tidak terkecuali berdepan dengan pertukaran pemain nanti.

"Rombakan pemain dalam pasukan Terengganu perlu dilakukan juga kerana kita mahu memastikan pasukan ini terus mantap, malah saya masih kecewa dengan pretasi yang dipamerkan sebahagian pemain import.

"Matlamat utama kita mahu lihat pasukan Terengganu terus kekal di puncak liga manakala T-Team bangkit daripada kedudukan tercorot liga dan berada di kedudukan terbaik," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim supaya tidak terlalu selesa dan mendabik dada setelah menduduki tangga teratas liga sebaliknya terus mengekalkan momentum permainan mereka. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.