Info Terkini :

T-Team Masih Tertunggu-Tunggu Keputusan


KUALA LUMPUR - Segala maklumat yang diperlukan dalam isu ‘terowong Larkin’ telah diberikan dan pihak pengurusan pasukan bola sepak T-Team hanya menunggu tindakan susulan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut Ketua Pegawai Operasi (CEO) T-Team, Abd. Rasid Jusoh, kali terakhir pihaknya berurusan dengan Sekreteriat FAM adalah awal minggu lalu iaitu meminta laporan bertaip perubatan daripada doktor dan bukannya tulisan tangan.

Sejak itu, tiada lagi perkara diminta oleh FAM yang membuatkan pihak T-Team ternanti-nanti apakah pengakhiran kes serangan terhadap pemain importnya, Evaldo Goncalves dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo yang membabitkan pimpinan tertinggi Johor Darul Ta’zim (JDT).

"Mengenai isu di Larkin, kami telah melakukan apa yang diminta oleh FAM seperti laporan polis dan perubatan, buat masa ini kami hanya menunggu sahaja keputusan yang dicapai oleh pihak Sekteriat.

"Laporan polis telah dibuat sehari selepas apa yang berlaku di Larkin dan perkara yang membuatkan isu ini sedikit lambat adalah permintaan FAM yang mahukan laporan perubatan doktor dibuat secara menaip tetapi kami sudah bagi pada minggu lalu.

"Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat agar kami tidak lagi ternanti-nanti apa kata putus Jawatankuasa Tatatertib setelah sebulan insiden terjadi.

"Apa yang penting tiada unsur pilih kasih dalam isu ini dan mereka yang terlibat bakal didakwa, kami masih menaruh keyakinan terhadap FAM akan bersikap adil," katanya ketika dihubungi, semalam.

Rasid mengulas terhadap laporan Utusan Malaysia semalam yang meminta FAM ‘buka mulut’ terhadap insiden yang berlaku di Larkin setelah hampir sebulan ia berlalu tanpa sebarang surat pertuduhan dikeluarkan terhadap mana-mana individu bertanggungjawab menyerang Gonzales dan Impagliazzo.

Bekas Pengerusi Disiplin FAM, Tan Sri Zaman Khan turut menegur FAM yang sehingga kini terus diam membisu tanpa sebarang penjelasan terkini terhadap apa yang berlaku di Larkin.

Ujar Rasid, insiden yang berlaku pada 1 Februari itu masih memberikan kesan pada psikologi pemain terutama pada Evaldo yang berasakan tidak mahu kembali beraksi di Larkin pada masa akan datang. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.