Info Terkini :

Duta Brazil & T-Team Bincang Isu Terowong

INSIDEN ‘terowong’ di Larkin turut mendapat perhatian Duta Brazil di Malaysia, Maria Auxiliadora Figueirado yang datang ke Terengganu  untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu keselamatan pemain Brazil yang beraksi di negara ini.

Maria Figueirado berkata, pihaknya menerima aduan daripada kedua-dua pemain, Evaldo Rodrigues Concalves dan Fabio Flor de Azivedo serta jurulatih kecergasan pasukan, Stefano Impagliazzo berhubung insiden tersebut sebelum memutuskan untuk turun bertemu mereka serta pihak pengurusan pasukan di sini.

“Selepas menerima aduan berhubung insiden itu, kami membuat keputusan untuk datang berjumpa dengan pihak pengurusan T-Team dan membincangkan mengenai isu keselamatan mereka.

“Sudah menjadi tugas pihak kedutaan untuk memastikan keselamatan rakyat kami dan jika mereka berada dalam keadaan bahaya, maka kita tidak ada pilihan melainkan meminta mereka meninggalkan negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh; Pengurus Pasukan, Rozi Mamat dan Ketua Jurulatih, Azraai Khor Abdullah di Pejabat T-Team, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Penolong Jurulatih, Azlan Johar dan Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Arpin Deraman.

Dalam pada itu, Maria Figueirado berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan  Fabio Flor, Evaldo Rodrigues dan Impagliazzo berhubung perkara tersebut, namun ketiga-tiganya memutuskan untuk terus berada di negara ini dan berkhidmat bersama T-Team selagi khidmat mereka diperlukan.

“Jika itu keputusan mereka, saya bersetuju dan sekiranya insiden seperti itu berulang, mereka mesti pulang ke Brazil bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku.

“Ancaman dalam bola sepak adalah perkara biasa dan saya fikir adalah malang kejadian ini berlaku. Bagaimanapun, saya percaya ketiga-tiga mereka telah melihat atau mendengar perkara yang lebih buruk berlaku di dalam bola sepak,” katanya.

Sementara itu, Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri berkata, pihaknya akan menyerahkan kepada polis dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Kita telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada FAM dan sekarang apa yang perlu kita lakukan ialah menunggu pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan mereka,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.