Info Terkini :

T-Team Optimis Bangkit Dalam Saingan Liga Super

KUALA TERENGGANU: Pasukan T- Team mampu bangkit semula untuk membaiki kedudukannya dalam Liga Super setelah berada di tangga tercorot setakat ini.

Jurulatihnya Mohd Azraai Khor Abdullah yakin anak-anak buahnya mampu memantapkan pasukan itu mulai Mac ini dengan latihan dan perlawanan persahabatan.

"Dalam masa tiga minggu masa rehat liga, kita akan manfaatkan sepenuhnya latihan untuk memantapkan pasukan sekali gus memperbaiki kedudukan liga.

"Kita juga akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan selain berkunjung ke Indonesia menentang dua pasukan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.


Gambar: T-Team Official

Menurutnya dalam lima perlawanan sebelum ini, pasukannya telah bertemu lima pasukan terbaik liga yang menyaksikan nasib tidak menyebelahi pasukan mereka.

Dalam pada itu, Mohd Azraai berkata T-Team juga mahu mencari pemain sayap tempatan bagi mengukuhkan pasukan bimbangannya.

Ditanya mengenai pemain import, beliau lega kerana kesemua pemain itu bebas kecederaan namun menegaskan bahawa tindakan akan diambil jika prestasi mereka tidak memuaskan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.