Info Terkini :

Pencalonan Presiden FAM Kini Dibuka


Kelana Jaya: Pencalonan awal untuk pemilihan kepimpinan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2014 hingga 2018 akan dibuka selama sebulan mulai esok dengan proses pengundian diadakan pada kongres badan induk itu, 25 Mei ini.

"Mengikut ketetapan yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM tadi (semalam), kami memutuskan untuk mengadakan kongres pada 25 Mei ini yang mana tahun ini akan diadakan pemilihan.

"Jadi nama-nama individu yang mahu dicalonkan untuk mana-mana jawatan boleh dikemukakan dalam tempoh sebulan mulai Isnin ini (esok) sebelum senarai akhir calon yang dibenarkan bertanding diumumkan pada mesyuarat terakhir Jawatankuasa Eksekutif FAM, 19 April ini," kata Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

Siapa pun boleh

Mengikut Statut FAM, sesiapa pun boleh dicalonkan kecuali mereka yang sedang menjalani penggantungan oleh badan induk itu dengan syarat memperoleh sekurang-kurangnya satu pencalonan daripada mana-mana ahli gabungan FAM.

Jawatan yang dibuka untuk dipertandingkan ialah satu kerusi presiden, dua kerusi timbalan presiden, empat kerusi naib presiden serta 10 kerusi exco termasuk dua kerusi baru yang diperuntukkan untuk calon wanita.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah turut memberi bayangan nama jurulatih baru skuad kebangsaan iaitu dari kalangan pengendali asing akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Ada satu atau dua nama calon terbaru yang sedang kami pertimbangkan termasuk juga beberapa nama dari senarai calon sebelum ini. Insya-Allah akan ditetapkan dalam masa terdekat," katanya.

Tengku Abdullah turut memaklumkan, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM, semalam menerima cadangan daripada pihak FELDA yang mahu menjadi ahli gabungan ke-21 badan induk itu dan beberapa syarat sedang diperhalusi sebelum ia diluluskan.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM, semalam turut mempersetujui pelantikan Abang Zulkarnain Abang Abdulrahman dan Lazarus Xavier sebagai dua penolong setiausaha baru badan induk itu. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.