Info Terkini :

T-Team Dikatakan Cetus Provokasi ?

JOHOR BAHRU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendakwa pemain T-Team melakukan provokasi sehingga membawa pergaduhan sewaktu perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam semalam.

Selain itu mereka tidak berpuas hati apabila perlawanan itu ditangguhkan separuh jalan akibat pergaduhan yang berlaku di dalam terowong sewaktu perlawanan berehat.

PBNJ dalam laman Facebook rasminya mendakwa, sebaik wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan, jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impaguazzo telah membuat provokasi ke atas ketua jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jiminez.



“Tiba-tiba pemain import T-Team memakai jersi nombor 16, Evaldo Rodrigues meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Jiminez lalu memarahinya dan berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

“Pihak keselamatan stadium diketuai PDRM Johor berjaya meleraikan masalah," menurut PBNJ di dalam laman sosial itu.

PBNJ mendakwa perlawanan terpaksa ditangguhkan setelah keseluruhan pasukan T-Team membuat keputusan tidak mahu memulakan separuh masa kedua perlawanan

PBNJ turut mendakwa tiada apa-apa insiden buruk berlaku kepada pasukan lawan dan penyokong mereka, malah segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.

Menurut PBNJ, perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan separuh masa kedua dimulakan.

Menurut PBNJ lagi, mereka juga tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahu pun penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.