Info Terkini :

Skuad Penyu Terus Mengorak Langkah

PELABURAN besar Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini sedikit menampakkan laluan positif mencapai matlamat membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala mahupun berada di kelompok terbaik Liga Super 2014.

Ini kerana, skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim berjaya mencipta kejutan apabila menamatkan penantian hampir lapan tahun untuk meraih kemenangan pertama pada aksi pembuka tirai Liga M yang sebelum ini hanya berdepan dengan kekalahan dan juga keputusan seri.


BELUM PUAS

Kemenangan 2-1 ke atas pasukan PKNS pada 18 Januari lalu dihadapan lebih 12,000 penyokong sendiri menerusi dua jaringan awang import kelahiran Guinea, Mamadou Hady Barry masih belum cukup mengembirakan Abdul Rahman.

Masih menganggap pemainnya belum mempamerkan keupayaan sebenar mereka dan banyak melakukan kesilapan mudah sehingga seringan kehilangan bola  dalam perlawanan itu.

Bagaimanapun, tiga hari selepas itu,  penyokong skuad Penyu terus diulit mimpi indah apabila pasukan kesayangan mereka berjaya mengekalkan rentak kemenangan pada aksi  Piala FA setelah memang mudah 4-0 ke atas pasukan dari Pahang,  Shahzan Muda hasil jaringan awang import kelahiran Brazil, Marcio Souza.


KEMBALI LAGI

Penyakit lama Terengganu sepanjang musim lalu kembali bersarang apabila tewas 0-1 disaat-saat akhir masa kecederaan ke atas Perak pada aksi kedua Liga Super di Ipoh.

Namun kemenangan 2-0 di laman sendiri berdepan adik, sedikit mengubat duka penyokong tegar sekaligus berada dikedudukan kedua liga selepas Selangor dengan enam mata.

Souza sekali lagi memberi bayangan bisanya selaku penggempur apabila memecah kebuntuan gol sebelum tamat masa kecederaan babak pertama perlawanan sebelum Ashaari Shamsuddin melengkapkan kemenangan bergaya buat skuad Penyu pada babak kedua.


JANGAN LEKA

Kejayaan itu jelas mengembirakan pengendali Terengganu yang memberi pujian terhadap prestasi anak buahnya berdasarkan peningkatan prestasi.

Namun jurulatih kelahiran Terengganu itu menuntut jentera serangan segera mempertajamkan penyudah di depan gol kerana jika tidak situasi sama bakal berulang sebagaimana mereka tewas di Perak Sabtu lepas.

Justeru, beliau mengharapkan barisan penyerang dapat memperkemaskan lagi rentak serangan mereka dan tidak mempersia-siakan peluang yang seharusnya memperolehi jaringan buat pasukan terutamanya menjelang pada pertembungan perlawanan kedua Piala FA bertemu PKNS FC, Selasa depan.

LIGA SUPER SELEPAS TIGA PERLAWANAN

    KEDUDUKAN     P    M    K    S    Mata
2.  TERENGGANU    3    2    1    0     6

PERLAWANAN  AKAN DATANG

> PIALA FA (Pusingan Kedua) - 4 Februari (Selasa)  PKNS lwn Terengganu (8.45 mlm / Std Majlis Perbandaran Selayang)
> LIGA SUPER - 8 Februari 2014 (Sabtu) Lions XII lwn Terengganu (7.45 mlm/ Std Jalan Besar) - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.