Info Terkini :

Terengganu Sasar Rangkul Piala FA 2014


KUALA TERENGGANU: Selepas berjaya melangkah ke separuh akhir Piala FA musim lepas, Terengganu FA meletakkan sasaran untuk merangkul piala itu musim ini.

"Tahun ini kami nak lebih daripada semi final dalam usaha bawa balik piala seperti disasarkan oleh pihak pengurusan," kata pengendali pasukan Terengganu Abdul Rahman Ibrahim.

Terengganu mencatat kemenangan besar 4-0 menundukkan pasukan kelab dari Pahang dalam perlawanan kalah mati di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selasa malam.

Terengganu dijadual bertemu Selangor PKNS pada saingan seterusnya selepas pasukan PKNS membenam cabaran Johor Darul Takzim II dengan keputusan 3-2 di Stadium Lumut, Perak.

Abdul Rahman berkata beliau masih kurang berpuas hati dengan anak didiknya kerana sepatutnya Terengganu mampu mencatat kemenangan lebih besar malam tadi sekiranya pemain lebih fokus.

"Fokus pemain kami malam tadi tidak begitu tajam menyebabkan banyak peluang yang diperoleh terbuang begitu sahaja," katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.