Info Terkini :

Pemain Import Skuad Penyu Tumpul

Kuala Terengganu: Walaupun saingan baru bermula, Terengganu sudah mula terasa bahang krisis ketumpulan penyudah terutama kegagalan pemain import memperagakan aksi konsisten sejak lima perlawanan lalu termasuk dalam saingan Piala FA.

Terbaru malam kelmarin, kegagalan Terengganu menundukkan PKNS FC dalam pentas Piala FA pusingan kedua ketika lawan bermain 10 pemain jelas memaparkan barisan import yang diharapkan dapat membantu pasukan gagal berbuat demikian sehingga menimbulkan keresahan kem Penyu.

“Kualiti yang ada pada penyerang import kita kurang berbanding pasukan lawan, kita beri peluang kepada mereka beraksi namun hakikatnya mereka gagal memperagakan aksi terbaik,” kata ketua jurulatih Terengganu Abdul Rahman Ibrahim yang nyata belum berpuas hati dengan keupayaan awang importnya.

Selain itu, jurulatih berusia 68 tahun itu berkata, deretan peluang yang diperoleh pemain import juga gagal diterjemahkan dengan jaringan ketika pasukan memerlukan kemenangan.

“Sekiranya pemain bijak menghidu peluang yang dimiliki ketika lawan bermain dengan 10 pemain, saya yakin hajat Terengganu untuk meneruskan langkah ke suku akhir yang dijadualkan bertemu Kelantan pasti tercapai,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.