Info Terkini :

Cemar Imej Bola Bepak: Che Mat Jusoh

Kuala Terengganu: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh menyifatkan insiden antara T-Team dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) sebagai sesuatu yang memalukan dan malang ketika sukan itu semakin membangun di negara ini.

Che Mat yang melepaskan jawatannya musim lalu juga menyifatkan insiden berkenaan sesuatu yang luar biasa dan menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya mengambil tindakan tegas tanpa sebarang tolak ansur kerana kejadian itu turut membabitkan pegawai dan pemain import.

“Jika benar sebagaimana apa yang saya baca dalam akhbar mengenai insiden itu, ia sungguh memalukan dan menjatuhkan maruah bola sepak negara kerana ia membabitkan pegawai dan pemain. Sebelum ini, biasa kita dengar pemain dengan pemain bergaduh di padang.

“Sepatutnya jika pegawai dan pemain faham mengenai peraturan ditetapkan FAM serta tidak bersikap emosi, perkara berkenaan boleh dielak, tapi jika mereka tidak faham undang-undang, perkara seperti ini yang berlaku,” katanya yang pernah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM pada 2000.

Selain itu, mantan presiden berusia 65 tahun itu turut menyifatkan insiden berkenaan boleh mencemar imej dan reputasi pemain, pegawai serta juga FAM sebagai badan induk bola sepak negara.

“Sebagai pemain dan pegawai terbabit dalam sukan paling popular di negara ini, mereka perlu menunjukkan sikap serta contoh teladan baik selain tidak menyusahkan FAM untuk mengendalikan kes yang dianggap berprofil tinggi itu.

“Bagaimanapun sebagai orang lama dalam bola sepak, saya mengharapkan FAM akan menggunakan formula terbaik bagi menyelesaikan kemelut itu,” katanya yang mengakui sepanjang pembabitannya dalam sukan berkenaan tidak pernah insiden seperti itu berlaku.

Sabtu lalu, skuad T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua saingan Piala FA bertemu Johor DT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin selepas pemain importnya Evaldo Rodrigues mendakwa ditumbuk sehingga berdarah hidung oleh pegawai atasan Johor DT manakala jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo mendakwa disepak di kemaluan oleh pengawal keselamatan ketika mereka menuju ke bilik rehat sebaik selesai babak pertama. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.