Info Terkini :

Tiada Tolak Ansur Isu Rasuah - Ahmad Said


Kuala Terengganu: “Saya tidak akan berkompromi dengan pemain yang didapati bersalah mengatur perlawanan dan hukuman berat akan dikenakan selain tidak dibenarkan beraksi bersama pasukan ini buat selama-lamanya,” itulah peringatan tegas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kepada pemain Terengganu dan T-Team yang bakal memulakan cabaran dalam saingan Liga Malaysia pada Sabtu ini.

Beliau yang juga peminat bola sepak nombor satu negeri ini turut memberi amaran keras kepada pemain kedua-dua pasukan yang gagal memperagakan aksi konsisten serta tidak berdisiplin sama ada ketika perlawanan ataupun sesi latihan.

“Bukan saja mereka terbabit dengan rasuah akan digugurkan, pemain yang gagal menunjukkan komitmen tinggi, terbabit dengan publisiti negatif serta tidak berdisiplin juga akan dikenakan hukuman berat termasuk digantung,” katanya selepas majlis menandatangani kontrak pemain dan memperkenalkan jersi baru pasukan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Rozi Mamat, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid dan wakil penaja kedua-dua pasukan.

Ahmad berkata, pelaburan besar kerajaan negeri terhadap kedua-dua pasukan itu selain penajaan pihak luar menuntut pemain beraksi penuh semangat kesukanan tinggi selain mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu trofi.

“Jika kerajaan negeri sanggup berbelanja besar musim ini untuk membentuk pasukan mantap, pemain perlulah mempunyai sasaran termasuk memberi trofi,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.