Info Terkini :

Jurulatih T-Team, Azraai Khor Pening Kepala


MASALAH pemain kurang sesuai beraksi di posisi sayap kiri dan kanan meresahkan Ketua Jurulatih T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah memandangkan beliau mempunyai tempoh kurang seminggu bagi mengatasi kelemahan tersebut.

Jelasnya, beliau  mencuba beberapa pemain beraksi di posisi tersebut  tetapi hasilnya kurang memuaskan.

"Saya terpaksa mencuba beberapa pemain daripada posisi lain ke bahagian sayap seperti Azlan Ismail, Hattaphon Bun An dan Alto Linus.

"Tetapi saya masih tidak berpuas hati kerana mereka bukanlah pemain semula jadi di posisi itu.

"Apa pun dengan masa yang masih ada, saya akan berusaha mengatasi segala kekurangan terutamanya di bahagian sayap kiri dan kanan," katanya.

Esok, The Titans berdepan Terengganu pada perlawanan ujian sebelum aksi pembukaan Liga Super 2014 menentang Selangor, Sabtu ini. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.