Info Terkini :

T-Team Semakin Mantap - Yunus Alif



MENJELANG aksi pembuka tirai Sabtu ini, bekas ketua jurulatih pasukan berstatus kelab, T-Team dua musim lalu, Yunus Alif menyifatkan skuad The Titans mampu menjadi pencabar utama dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini, lapor ZUBIR SULAIMAN.

Pengendali pasukan Perbadanan Air Pulau Pinang FC (PBAPP) itu berkata, pasukan kendalian Azraai Khor Abdullah musim ini semakin mantap dengan kehadiran ramai pemain berbakat besar termasuk gandingan empat pemain import berkualiti.

Malah, pengendali berusia 56 tahun itu mengakui The Titans kini sudah banyak berubah apabila dibarisi ramai pemain pengalaman dan mempamerkan corak permainan lebih meyakinkan.

“Saya tidak mahu komen lebih-lebih, tetapi saya lihat pasukan T-Team musim ini cukup mantap dengan empat pemain import dan tempatan terbaik.

“Apa pun saya harap mereka (pemain) dapat memberikan aksi terbaik ketika mengharungi setiap perlawanan dengan meraih kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan persahabatan skuad bimbingannya dengan pasukan T-Team di Padang Bola Sepak Majlis Daerah Marang, kelmarin.

Perlawanan itu menyaksikan pasukan tuan rumah (T-Team) meraih kemenangan 1-0 hasil  jaringan penyerang, Azlan Ismail pada babak kedua permainan.

Dalam pada itu, Azraai mengakui pada perlawanan terbabit, beliau tidak menurunkan sepenuhnya kesebelasan utama pasukan, sebaliknya memberi peluang kepada barisan pemain mendapatkan match fitness.

Menurutnya, buat masa ini pasukannya berada dalam kecergasan terbaik dan pemain menunjukkan peningkatan positif selepas mengharungi beberapa siri perlawanan pra musim termasuk di Songkhla, Thailand.

“Saya masih memberi peluang kepada beberapa tonggak utama kita seperti Fabio Flor dan Patrich Wanggai serta beberapa pemain lain untuk meningkatkan prestasi masing-masing dalam perlawanan ini.

“Apa pun saya masih tidak menurunkan Nelson Sam Martin dan Evado Rodrigues yang masih dibelenggu kecederaan kerana bimbang ia akan menjejaskan kecergasan mereka,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.