Info Terkini :

Terengganu, T-Team Sudah Bersedia Hadapi Saingan 2014

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yakin kedua-dua pasukannya, Terengganu dan T-Team sudah bersedia seratus peratus untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang akan membuka tirai pada 17 Januari ini.

Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, segala persiapan sudah diatur dan pemain sudah tidak sabar untuk mengalas misi merebut sekurang-kurangnya salah satu piala yang dipertandingkan pada musim ini.

"Meskipun sedar bakal menghadapi saingan sengit terutama daripada pasukan-pasukan yang 'berbelanja besar' musim ini tetapi kita yakin peluang untuk menjari juara tetap terbuka luas buat Skuad Penyu mahupun The Titans.

"Pihak pengurusan sudah bersedia, jurulatih sudah bersedia dan pemain juga sudah bersedia 100 peratus. Justeru, kami sudah bersedia untuk menghadapi sesiapa sahaja bagi mencapai impian menjadi juara," katanya semalam

Wan ahmad Nizam berkata, gandingan pemain baru dan lama dalam kedua-dua pasukan tersebut memberikan gambaran positif bahawa pasukan dari Pantai Timur itu akan bangkit daripada kekecewaan musim lepas.

Dalam saingan musim lalu, Terengganu sekadar menghuni tangga ke sembilan manakala T-Team menghuni tangga ke sepuluh.

Menuruh Wan Ahmad Nizam, sebagai persiapan, Terengganu yang dikendalikan Abdul Rahman Ibrahim sudah mengadakan lawatan serta latihan selama 10 hari ke Indonesia bulan lalu dalam usaha memantapkan pasukan.

Katanya, kunjungan ke negara jiran itu bertujuan untuk menguji keupayaan pasukan terutama bagi menilai tahap keserasian antara penyerang terbaik Malaysia 2013, Norfarhan Muhammad dan pemain import, Mamadou Hady Barry dari Guinea serta Marcio Souza Da Silva (Brazil).

Pasukan T-Team pula katanya, mempunyai gandingan mantap dengan kehadiran beberapa bintang baru seperti Nizab Ayob (bekas pemain PKNS), Azwan Rahman (Harimau Muda) dan Ramzul Zahini (bekas pemain Selangor) serta pemain import Patrich Steve Wanggai (Indonesia), Nelson Sam Martin (Chile), Fabio Flor de Azevedo dan Evaldo Concalves (Brazil).

"Saya percaya, kesemua pemain cukup komited untuk mengejar impian menjadi juara pada musim ini.Bagi PBSNT, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan tersendiri dan mereka mampu untuk melakar kejayaan, sekali gus menjadi juara.

"Apa yang penting jangan mudah berputus asa dan semangat pasukan harus dikekalkan sehingga ke akhir saingan," ujarnya.

Terengganu akan memulakan saingan Liga Super menentang PKNS FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu manakal T-Team menentang Selangor di Stadium MBPJ pada 18 Januari ini.
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.