Info Terkini :

T-Team Titans Menang Dalam Longlai

PASUKAN berstatus kelab, T-Team melangkah ke pusingan kedua saingan Piala FA selepas menundukkan UiTM, 3-2 di Stadium UiTM, semalam.

Penyerang import dari Brazil, Evaldo Rodrigues meledak dua gol buat The Titans, hasil daripada situasi kelam kabut di hadapan gol tuan rumah.

Pasukan bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah kemudiannya menambah derita UiTM juga menerusi pemain import, Fabio Flor de Azevedo.

Separuh masa kedua menyaksikan skuad bimbingan Mohd Azwan Zain kembali bangkit merapatkan jurang gol melalui pemain pertahanan, Adnan Othman Arfah dan penyerang import, Obi Ikechukwu Charles.

Biarpun dapat melangkah ke peringkat seterusnya, Azraai ketika ditemui ternyata kurang berpuas hati dengan persembahan longlai anak buahnya pada separuh masa kedua perlawanan.

“Perlawanan ini begitu mendebarkan dan kami nyaris diaibkan oleh pasukan tuan rumah.

“Kita sepatutnya dapat mengawal perlawanan selepas mendahului tiga gol tetapi pemain hilang fokus dengan melepaskan gol dengan mudah,” katanya.

Menurut bekas jurulatih Perak itu, beliau juga kurang berpuas hati dengan tiga pemain importnya iaitu Rodrigues, Fabio Flor dan Patrich Wanggai kerana masih belum mempamerkan permainan yang sebenar.

T-Team selepas ini akan bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mendapat bye selepas menjadi finalis Piala FA, tahun lalu. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.