Info Terkini :

Bahagian Serangan Perlu Penyudah Mantap


Kuala Terengganu: Wajah pengendali Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim belum lagi menampakkan raut kecerian walaupun anak buahnya melakar kemenangan 2-1 menundukkan bekas pasukan bimbingannya Selangor PKNS dalam perlawanan pembukaan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Ketumpulan jentera serangan dan posisi lain serta ditambah aksi tidak meyakinkan pemain import membuatkan jurulatih berusia 67 tahun itu belum mahu mengungkapkan nada gembira sebaliknya menyatakan pemain perlu banyak belajar untuk membentuk sebuah pasukan mantap.

“Terengganu berjaya mengutip tiga mata berharga malam ini walaupun pada awalnya kita dikejutkan jaringan awal pelawat pada babak pertama perlawanan, namun secara keseluruhan saya belum berpuas hati corak yang diperagakan pasukan tuan rumah yang gagal membentuk persefahaman mantap.

“Selain itu skuad Penyu belum lagi hebat dan pemain import yang diharapkan gagal memainkan tugas dengan berkesan. Hakikatnya kita terpaksa berkerja keras dan tertekan sebelum berjaya memenangi perlawanan yang dianggap sukar ini,” katanya.

Pada perlawanan yang disaksikan kira-kira 12,000 ribu penonton itu, pemain import dari Guinea Mamadou Hary Bary yang sebelum ini dikritik kerana gagal mempamerkan aksi bermutu dalam perlawanan persahabatan pramusim, meledak dua gol pada minit ke-21 dan 65 sekali gus memadam jaringan awal pelawat menerusi pemain import Hamka Hamsah pada minit ke-17.

Bagaimanapun jurulatih yang mengambil alih tugas daripada E Elavarasan itu mengakui pasukannya bertuah kerana berjaya merakam kemenangan dalam perlawanan pertama yang sebelum ini gagal dilakukan skuad itu pada musim lalu.

“Kemenangan dalam perlawanan pembukaan ini memberi ruang untuk kita bernafas dalam perlawanan seterusnya dan jika pemain menggandakan usaha kita mampu ulangi kejayaan sama bertemu kelab Shahzan Muda Selasa ini dalam pentas Piala FA,” katanya yang mahukan anak buahnya perlu lebih berkeyakinan setiap kali beraksi.

Sementara itu, jurulatih Selangor PKNS Wan Jamak Wan Hassan berkata, anak buahnya gagal menggunakan beberapa peluang terhidang di depan gol menyebabkan pasukannya pulang dengan tangan kosong.

“Saya akui Terengganu adalah pasukan kuat dengan dibarisi pemain tempatan dan import, namun peluang dimiliki pemain kami gagal diterjemahkan dengan jaringan dengan sekurang-kurangnya dua peluang keemasan diperoleh,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.