Info Terkini :

Skuad Penyu Tepati Ramalan Menang Besar

Kuala Terengganu: Terengganu menepati ramalan apabila membelasah pasukan kelab dari Pahang, Shahzan Muda 4-0 pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, malam tadi.

Pesta jaringan Terengganu bermula menerusi penyerang import Marcio Souza Da Silva apabila mudah menanduk masuk gol pertama hasil tendangan sudut MD Fakhrurazi Musa pada minit ke-11.

Selang 25 minit selepas itu, Abdul Manaf Mamat yang tidak dikawal melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk gol kedua tuan rumah. Keghairahan pasukan tuan rumah menambah jaringan hampir membawa padah apabila tandukan Muhd Hariz Fazrin nyaris menghasilkan gol pertama pelawat yang dibimbing bekas jurulatih Terengganu, Tajuddin Nor . Penyerang dari Brazil, Marcio Souza yang memperoleh deretan peluang akhirnya menambah gol ketiga skuad Penyu apabila rembatan kencangnya menerjah jaring selepas berlaku pergelutan dalam kotak penalti.

Seminit sebelum babak pertama tamat, pemain sayap Mohd Ashari Samsuddin gagal mencetak nama sebagai penjaring apabila tidak berupaya memanfaatkan sepakan penalti selepas Mohd Zubir Azmi dijatuhkan pemain lawan Nor Abdah Alif Nazaruddin.

Bersambung babak kedua perlawanan, pasukan tuan rumah terpaksa menunggu hingga minit ke-76 untuk gol keempat apabila hantaran Mohd Norfarhan Muhamad berjaya disudahkan Zairo Anuar Zailani.

Terengganu yang makin bernafsu memburu gol gagal memanfaatkan sekurang-kurangnya 10 peluang terbaik untuk menambah jaringan biarpun menguasai perlawanan hingga wisel penamat. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.