KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) digesa mengaktifkan semula liga bola sepak tempatan yang dilihat ibarat 'hidup segan mati tak mahu' sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Zainal Abidin Hussin berkata langkah itu perlu dilakukan supaya sukan bola sepak peringkat negeri melibatkan tujuh daerah itu, tidak berkubur.
Terengganu mempunyai tujuh daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
"Kita sebagai agen pembangunan, MSNT akan memberi kerjasama penuh kepada PBSNT bagi mengembalikan kegemilangan bola sepak antara daerah-daerah di negeri ini," katanya kepada Bernama di sini Ahad.
Melalui acara ini ia secara tidak langsung dapat mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi, katanya menambah, sebelum ini MSNT dan PBSNT telah berbincang mengenai masalah tersebut.
"MSNT akan membentangkan lagi kertas cadangan ini pada mesyuarat bersama PBSNT untuk dilaksanakan dalam masa terdekat ini," katanya. - Sumber