Info Terkini :

Ashaari "The Silent Killer" Tekad Ledak Gol



Kuala Terengganu: Ketika usia 25 tahun penyerang tinggi lampai Terengganu, Muhamad Ashaari Shamsuddin muncul penjaring terbanyak Liga Super dengan meledak 18 jaringan dan seterusnya dinobat pemenang kasut emas musim 2010.

Kini selepas empat tahun berlalu, bekas penyerang kebangsaan itu sekali lagi mengidam untuk muncul penjaring terbanyak Liga Super musim ini walaupun sedar perlu bersaing dengan tonggak import termasuk dari pasukannya sendiri.

“Siapa tidak mahu dinobat sebagai penjaring terbanyak apatah lagi beraksi di bahagian depan, namun dengan persaingan yang hebat daripada pemain tempatan dan import, ia bukan satu tugas yang mudah.

“Sebagai contoh Terengganu juga mempunyai pemain import berkualiti di bahagian depan seperti Mario Karlovic (Australia) dan Mamadou Hady Bary (Papua New Guinea) serta Abdul Manaf Mamat dan Nor Farhan Muhammad, namun saya berazam untuk bersaing secara positif meraih sekali lagi anugerah selain untuk memastikan kejayaan pasukan dalam setiap perlawanan,” katanya yang menganggap kehadiran pemain import bakal memantapkan lagi sesebuah pasukan.

Selain itu, penyerang berasal dari Rawai, Marang itu turut berazam untuk membawa pulang trofi kejuaraan musim ini selepas gagal membawa pulang sebarang piala musim lalu.

“Kegagalan mencatat sebarang kejayaan musim lalu begitu menghampakan walaupun skuad Terengganu juga turut dibarisi pemain terbaik, namun pada saingan kali ini saya berazam untuk meraih sekurang-kurangnya satu piala seperti impian pengurusan yang mahukan Terengganu membawa pulang trofi.

“Bagi merealisasikan impian ini, saya turut menuntut rakan sepasukan termasuk tonggak import beraksi dengan penuh komitmen dalam misi menggapai impian ini selepas kali terakhir menjulang trofi pada 2011 dalam saingan Piala FA dan selepas itu Terengganu tidak bernasib baik untuk mengecap sebarang kejuaraan,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.