Kuala Terengganu: Nasib malang terus menimpa skuad T-Team apabila masalah kecederaan tonggak utama semakin membimbangkan menjelang perlawanan pembukaan Liga Super menentang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang esok.
Sebelum ini, dua awang import The Titans, Nelson San Martin dan Aveldo Goncalves dibelenggu kecederaan.
Terbaru, dua tonggak pasukan bimbingan Azraai Khor Abdullah menerima nasib sama iaitu pertahanan, Mohammad Hassan Basri Ridwan dan penyerang, Muhamad Muinuddin Mokhtar.
Hassan Basri mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) manakala Muinuddin berlaga dengan Nasril Izzat.
Berikutan itu, Hassan terpaksa berehat dua minggu sebelum membuat pemeriksaan lanjut.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh berkata, hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan pasukan mendapati Hassan mengalami kecederaan ACL manakala Muinuddin menerima empat jahitan di kepala.
“Kita masih menunggu keputusan perubatan dan buat masa sekarang, pemeriksaan X-ray tidak dapat dibuat memandangkan lututnya masih bengkak manakala kecederaan Muinuddin tidak merisaukan.
“Kita harap kecederaan Hassan tidak teruk dan jika tidak, pemain ini terpaksa berehat jangka masa panjang.
Saya harap kecederaan ini tidak merencatkan persiapan Azraai,” katanya. - Sumber