Info Terkini :

Norfarhan, Zairo Bakal Jadi Nadi Skuad Terengganu

KUALA TERENGGANU: Terengganu meletakkan harapan tinggi di bahu bekas penyerang berbisa Kelantan, Norfarhan Mohamad dan pemain tengah Zairo Anuar Zailani untuk memperbaiki pencapaian skuad pada saingan Liga Super, bermula Sabtu ini.

Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata bekas dua tonggak 'The Red Warriors' itu mempunyai banyak pengalaman dalam pertandingan akhir Piala FA dan Piala Malaysia ketika bersama Kelantan.

Selain itu, kedua-dua pemain itu turut membantu Kelantan dalam pertandingan Piala AFC tahun lepas, katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Terengganu akan memulakan kempen Liga Super menentang pasukan PKNS Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, Sabtu ini.

Marzuki berkata Norfarhan mahupun Zairo, masing-masing menunjukkan komitmen yang begitu tinggi untuk membantu Terengganu dalam kempen tersebut tahun ini.

"Saya cukup gembira dengan komitmen dan saya yakin pasukan Terengganu akan bangkit dalam Liga Super dengan kehadiran kedua-dua pemain itu," katanya.

Mengenai perlawanan pembukaan nanti, beliau berkata Terengganu akan menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri dengan sepenuhnya untuk memungut tiga mata.

Beliau berkata kemenangan itu penting sebagai penyuntik semangat pemain untuk mengharungi perlawanan seterusnya nanti.

Marzuki berkata Terengganu di bawah jurulatih Abdul Rahman Ibrahim telah diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan termasuk di Indonesia sebagai persiapan menghadapi kempen Liga Super musim ini.

Dalam kempen Liga Super 2013, Terengganu menghuni tangga kesembilan dengan menang tujuh daripada 22 perlawanan.- Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.