Info Terkini :

Kerajaan Terengganu Sedia Labur Untuk Dua Pasukan Bola

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedia membuat pelaburan besar dalam dua pasukan bola sepaknya bagi memastikan kelangsungan usaha pembangunan dan kualiti pasukan Terengganu FA dan T-Team, sekali gus untuk menjulang kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia, musim ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ini kerana kerajaan negeri melihat cabaran pasukan-pasukan lawan lebih hebat dan sengit berbanding musim sebelumnya.

"Masalah bajet kewangan tidak timbul, apa yang penting kita harap kedua-dua pasukan ini akan berjaya membawa pulang salah satu piala tahun ini," katanya tanpa mendedahkan jumlah pelaburan yang akan dilakukan itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pemain, jersi baharu dan menandatangani kontrak pasukan Liga Super Terengganu FA dan T-Team 2014 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) di sini Selasa malam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Menurut Ahmad, Kerajaan Negeri bersedia memberikan ganjaran sewajarnya bagi meningkatkan prestasi pemain sekiranya mereka menunjukkan permainan cemerlang dalam setiap perlawanan.

Katanya, pada tahun ini pasukan Terengganu FA dan T-Team membariskan pemain terbaik dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad memberi peringatan bahawa pihak pengurusan pasukan akan menggugurkan mana-mana pemain yang cuba menjual perlawanan dan tidak berdisiplin.

"Tidak ada kompromi dan pemain-pemain terbabit akan digugurkan sekiranya didapati terlibat dalam masalah ini," katanya yang tidak akan menerima mana-mana pemain yang ingin mencari keuntungan cepat tetapi membunuh masa depan dan karier mereka sendiri.

Pada majlis itu, Terengganu FA menerima tajaan sebanyak RM2.3 juta manakala T-Team pula RM2.7 juta.

Ahmad bagaimanapun berkata, tajaan berkenaan masih tidak mencukupi untuk mengurus kedua-dua pasukan berkenaan dan kos selebihnya akan ditanggung kerajaan negeri.

Sementara itu, Wan Ahmad Nizam berkata hampir keseluruhan barisan pemain Terengganu FA dan T-Team musim ini terdiri daripada anak-anak Terengganu dengan sasaran membawa pulang Piala Malaysia musim ini.

Katanya, pemain yang sebelum ini bermain di luar Terengganu, telah dipanggil untuk berkhidmat dengan pasukan negeri sendiri. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.