Kuala Terengganu: Biar pun baru membentuk pasukan, wakil Terengganu, Hanelang FC optimis memberi saingan kepada pasukan lain dalam aksi Liga FAM musim ini.
Jurulatih Mustafa Kamal Abd Wahab mengakui amat berpuas hati dengan kehadiran pemain menyertai sesi pemilihan dan ia sekali gus membuktikan mereka komited untuk mewakili Terengganu dalam Liga FAM yang dijadualkan membuka tirai awal Mac depan.
Bekas jurulatih skuad Piala Emas Raja-Raja Terengganu musim lalu turut menuntut pemain terpilih terus mengekalkan disiplin masing-masing sepanjang menjalani sesi latihan kedua sekali gus memberikan komitmen terbaik mereka.
“Saya amat menekankan aspek disiplin di kalangan pemain dan tidak mahu diambil ringan kerana ia adalah perkara asas yang perlu diberi perhatian untuk membentuk kecemerlangan sesebuah pasukan.
“Buat masa ini, kita memiliki 37 pemain dan selepas sesi pemilihan kedua ini, kita akan memilih 25 pemain saja dan pasukan ini akan berpusat di Hulu Terengganu.
“Kita akan uji kemampuan mereka dalam beberapa sesi perlawanan pra musim nanti untuk mencari pemain yang mampu membawa cabaran Hanelang FC ini,” katanya.
Mengulas pembabitan kali pertama Hanelang FC beraksi dalam kancah liga domestik musim ini, Mustafa Kamal berkata, masih terlalu awal untuknya meletakkan sasaran tinggi, namun optimis skuad kendaliannya itu mampu memberi saingan sengit kepada lawan.
Untuk rekod, pasukan Hanelang FC didaftarkan di bawah Persatuan Bola Sepak Hulu Terengganu dan mendapat kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).
Selain Mustafa Kamal, Hanelang FC juga turut dibantu dua bekas pemain negeri, Rosdi Talib dan Tengku Alias Tengku Ibrahim manakala Zamri Mat Aris sebagai jurulatih penjaga gol. - Sumber