Info Terkini :

Terengganu Turun Sebagai 'Underdog' Hadapi Singapura

KUALA TERENGGANU: Terengganu akan turun sebagai 'underdog' apabila bertemu Singapura dalam pusingan kedua pertandingan bola sepak Piala Emas Raja-raja di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu ini.

Pengurus pasukan Terengganu Nor Zaidi Mohamed berkata ini kerana pemain-pemain Terengganu akan berhadapan dengan penonton-penoton fanatik di republik berkenaan.

"Pemain-pemain kita masih baharu dan kurang pengalaman berbanding pemain-pemain Singapura," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Nor Zaidi berkata kunjungan Terengganu ke Singapura hanya berbekalkan jaringan 1-0 hasil kemenangan pada perlawanan pusingan pertama di Kuala Terengganu kelmarin.

Tambahan pula beliau berkata ketua pasukan Terengganu, Alif Hafifi tidak dapat diturunkan kerana digantung satu perlawanan selepas dilayangkan dua kad kuning.

Beliau berkata walau apapun Terengganu akan cuba memberikan tentangan kepada pasukan Singapura bagi memastikan Terengganu layak ke perlawanan separuh akhir.

"Sasaran kita untuk menang ataupun seri, bagi membolehkan kita layak ke separuh akhir," katanya.

Menurut Nor Zaidi, Terengganu sepatutnya menang lebih besar dalam perlawanan pusingan pertama di sini kelmarin tetapi segala peluang yang diperoleh terlepas begitu sahaja.

Beliau berkata pemain-pemain Terengganu akan bertolak ke Singapura lebih awal untuk menyesuaikan diri dengan padang tiruan di Stadium Jalan Besar. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.