Info Terkini :

PBSNT Lancarkan Pas Bermusim 2014

Kuala Terengganu: Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) akan mengeluarkan pas bermusim untuk saingan Liga Malaysia 2014 bagi menyaksikan Perlawanan Bolasepak Liga Super/ Piala FA dan Piala Malaysia bermula 18 November 2013.

Setiausaha PBSNT Arpin Draman berkata pas bermusim akan dikeluarkan dalam dua kategori, meliputi tempat duduk berbumbung berharga RM500 dan terbuka RM200.

"Borang permohonan untuk pas bermusim mula dikeluarkan di pejabat PBSNT sekarang dan orang ramai yang mahu membeli pas berkenaan perlu menyediakan dua keping gambar," katanya

Beliau berkata, jumlah pas bermusim adalah terhad dan mereka yang membuat permohonan awal diberi keutamaan.

Dalam pada itu, Arpin berkata pasukan Liga Super Terengganu akan mengadakan tiga perlawanan ujian dengan pasukan T-Team pada 19, 21 dan 26 November ini di stadium berkenaan.

Sesiapa yang berminat untuk membuat pendaftaran pas bermusim ini sila sediakan :
- Salinan Kad Pengenalan
- Dua keping gambar berukuran passport

Harga : Berbumbung: RM500 | Terbuka: RM200

Waktu Pendaftaran : 08:00 Pagi - 04.00 Petang

Pendaftaran di :
Pejabat PBSNT
Tingkat 2, Wisma Seri Amar,
Jln Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu

Tarikh Tutup Pendaftaran: 20 Disember 2013
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.