SEPANG: Skuad kebangsaan mungkin terdesak untuk mencari kemenangan apabila menentang Qatar dalam kelayakan Piala Asia 2015 esok, namun itu tidak bermakna mereka turun dengan terlalu ghairah untuk memburu tiga mata.
Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal mengakui, Malaysia akan turun menyerang habis-habisan dalam usaha mencari tiket automatik ke Piala Asia di Australia.
Namun tegasnya, Malaysia tidak boleh menyerang tanpa strategi kerana bimbang ia mampu mengundang padang.
"Kita bukan sahaja hendak hendak menyerang Qatar habis-habisan, tetapi dalam masa yang sama kami kena fikirkan apa strategi yang sesuai," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) kelmarin.
Skuad kebangsaan tiba di Kuala Lumpur malam kelmarin, namun mereka masih lagi berasa sedih di atas kekalahan tipis 0-1 kepada Bahrain dalam perlawanan keempat Kumpulan D, sekali gus kekal di tempat ketiga dengan mengutip empat mata.
Bahrain unggul di tangga teratas dengan 10 mata, diikuti Qatar sembilan mata.
Hanya juara dan naib juara kumpulan yang mendapat slot automatik ke Piala Asia 2015, namun peluang Malaysia untuk mara masih belum tertutup kerana mempunyai baki dua perlawanan, termasuk menentang Yemen di tempat lawan pada 5 Mac depan.
Seandainya Harimau Malaya menduduki tempat ketiga pula, mereka harus menjadi pasukan terbaik di antara pasukan tempat ketiga dari kumpulan lain.
Namun sekarang, Lebanon unggul sebagai pasukan terbaik untuk kedudukan tersebut, diikuti Syria dan seterusnya Malaysia.
"Kita memang perlu mendapatkan kemenangan tetapi kita perlu lihat jangan hanya fikir hendak menyerang sahaja sehingga terlupa tugasan di bahagian pertahanan, situasi ini akan memberi ruang buat Qatar.
"Kalau kita hendak cepat dapatkan sesuatu kita perlu lakukannya dengan penuh sabar dan berdisiplin, satu gol pun sudah cukup untuk menang," katanya yang sempat memuji persembahan anak-anak buahnya di Manama Jumaat lalu.
Malaysia kalah dalam perlawanan itu menerusi gol tunggal pemain lawan, Abdul-Latif pada minit ke-72.
Kata Rajagobal, rumusan perlawanan Jumaat lalu, anak-anak buahnya bermain dengan baik sepanjang 90 minit dan mereka sepatutnya dapat pulang sekurang-kurangnya dengan satu mata.
"Bagaimanapun kita dibolosi minit ke-72, namun saya lihat ada tanda positif kerana mereka bermain dengan baik, Bahrain pula dilihat bukan mudah untuk mendapatkan kemenangan sedangkan mereka memasukkan enam muka baru untuk melakukan sesuatu.
"Fokus berikutnya hanyalah Qatar. Saya mahu pemain saya fikir positif dan jangan terlalu fikirkan tentang perlawanan sebelum itu," katanya. - Sumber