Kuala Lumpur: Pengendali skuad B-23 negara Datuk Ong Kim Swee akan memastikan fokus anak buahnya kembali kepada matlamat asal iaitu mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar yang hanya berbaki kira-kira tiga minggu lagi.
Pengendali berusia 43 tahun itu mahu memanfaatkan sepenuhnya kem motivasi yang akan diadakan untuk barisan pemain muda negara selepas ada pemain negara gagal memberikan komitmen penuh hingga tewas dengan jaringan besar dalam aksi persahabatan di Jordan baru-baru ini.
“Mengikut perancangan, saya akan mengadakan kem motivasi selama dua hari selepas semua pemain menyertai latihan pusat Rabu ini. Kem itu peluang buat saya mengembalikan fokus pemain selain memupuk semangat berpasukan dan menyedarkan tugas sebenar mereka ke Myanmar,” katanya yang berusaha mengetuai cabaran negara melakar hatrik memenangi pingat emas pada temasya dwi tahunan itu.
Kim Swee minggu lalu melahirkan rasa kurang senang apabila ada pemain yang sudah memikirkan musim baru Liga Malaysia berbanding tugasan pada Sukan SEA.
Bagi musim depan, Harimau Muda A melepaskan tiga pemain yang sudah melebihi umur selain enam pemain yang dibenarkan membuat pilihan untuk meninggalkan skuad itu atau sebaliknya, semuanya bersetuju beraksi bersama pasukan baru musim depan dengan ada antaranya mendapat tawaran lumayan.
“Masalah ini (fokus pemain) bukannya memeningkan sangat namun ini adalah realiti kita tidaklah segagah mana, jadi setiap teguran yang diberikan mana-mana pihak perlu diterima secara positif. Adalah mustahak pemain sedar dan saya berharap kekalahan ini (di Jordan) akan membuka minda mereka,” katanya. - Sumber