KUALA LUMPUR: Impian untuk melihat Harimau Malaya ke Piala Asia 2015 semakin sukar selepas tiga mata yang dicari di Stadium Nasional Manama tidak kesampaian apabila tumbang 0-1 kepada pendahulu Kumpulan D, Bahrain.
Segala-galanya musnah gara-gara jaringan Ismail Abdul Latiff pada minit ke-71 selepas Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak gagal menampan bola daripada kawasan bahaya dan pemain tinggi lampai Bahrain itu dengan tenang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat melalui rembatan leret yang menerjah ke arah kiri gawang Malaysia.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia kekal berada di tangga ketiga kumpulan dengan empat mata, jauh ketinggalan di belakang Bahrain yang semakin pasti akan layak ke Australia selepas memungut 10 mata sementara Qatar, sembilan mata.
Perlawanan seterusnya berdepan Qatar di Stadium Shah Alam pada Selasa ini ternyata wajib dimenangi oleh anak-anak buah Datuk K. Rajagobal sekiranya masih berkeinginan memburu tempat secara automatik selaku dua pasukan teratas atau berada di kalangan pasukan ketiga terbaik dari lima kumpulan.
Jika sekadar seri atau menang, Rajagobal bukan sahaja boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kempen Piala Asia 2015 namun selaku jurulatih Harimau Malaya kerana Indeks Pengukur Prestasi (KPI) buat beliau menyambung kontrak yang akan berakhir pada 31 Disember ini bergantung kepada kejayaan layak ke Piala Asia secara merit.
Mengimbas perlawanan secara keseluruhan, Bahrain mengawal permainan dengan sekurang-kurangnya 65 peratus penguasaan bola cuma disiplin yang dipamerkan oleh barisan pertahanan selain kecemerlangan Khairul Fahmi memastikan skuad kendalian Anthony Hudson itu tidak menang dengan jaringan yang lebih besar.
Barisan tengah Harimau Malaya terutama di bahagian sayap jelas kurang berfungsi terutama S. Kunanlan dan Azamuddin Akil yang gagal melakukan hantaran-hantaran silang berkualiti sementara Safiq Rahim serta K. Gurusamy tidak mampu mengekang Bahrain yang mudah mara ke dalam kotak penalti Malaysia.
Corak hantaran dan taktikal Harimau Malaya juga agak kelam kabut pada babak pertama selain sedikit lambat melakukan serangan balas ketika berpeluang, malah penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha kurang mendapat umpanan berkualiti daripada rakan sepasukan.
Sayed Ahmad Jaffar hampir meletakkan Bahrain di hadapan pada minit ke-29 tetapi rembatan kencangnya dapat ditepis keluar oleh Khairul Fahmi yang memastikan Harimau Malaya masih kekal berada dalam saingan.
Peluang terbaik Harimau Malaya diperoleh pada permulaan babak kedua melalui Mohd. Amri Yahyah yang merembat tepat ke arah penjaga gol Bahrain sebelum rembatannya sekali lagi dapat diselamatkan oleh Sayed Mohamed Jaafar pada minit ke-59. - Sumber