Info Terkini :

T-Team Titans Turun Tiga Pemain Import

"Patrich Wanggai, Fabio Flor dan Ivan Parlov akan turun di aksi persahabatan menentang Terengganu pada 26 November ini."

PEMINAT pasukan T-Team bakal menyaksikan kelibat tiga pemain import dalam kempena Liga Malaysia musim depan apabila mereka diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang Terengganu pada 26 November ini.
 
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh berkata, pemain import berkenaan ialah penyerang skuad Indonesia, Patrich Steve Wanggai, Fabio Flor dari Brazil dan pemain Croatia, Ivan Parlov.
 
Beliau berkata, Wanggai dijangka tiba di sini esok manakala Fabio Flor, Sabtu ini sementara Parlov sudah bersama pasukan sejak beberapa hari lepas untuk menjalani latihan.
 
Perlawanan persahabatan tersebut akan diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini.
 
"Perlawanan ini lebih kepada menilai prestasi pemain import serta kerasian mereka dengan pemain tempatan," katanya

Selain pemain import, beliau berkata pemain skuad Harimau Muda A, Hazwan Rahman akan menyertai pasukan itu selepas Sukan SEA di Myanmar, bulan depan.
 
Abdul Rashid berkata, setakat ini T-Team mempunyai 22 pemain termasuk  pemain import dan masih mencari tiga lagi pemain tempatan bagi melengkapkan senarai 25 pemain.
 
"Kita akan mencari penyerang terutamanya berstatus bintang.. kalau-kalau ada pemain yang ingin menyertai pasukan T-Team," katanya.
 
Beliau berkata, pemilihan terakhir pemain untuk didaftarkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan dilakukan pada 26 November ini.  - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.