Info Terkini :

Abdul Rahman Belum Dapat Bayangan Pemain Import

KUALA TERENGGANU: Pengendali skuad Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim belum mendapatkan bayangan tiga pemain import bagi memantapkan pasukan itu menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan.

Walaupun sudah menurunkan lima pemain import pada perlawanan persahabatan menentang T-Team di sini selasa lalu, namun jurulatih itu menjelaskan bahawa pemilihan pemain import masih terlalu awal untuk dirumuskan.

Terengganu sedang dalam proses menguji lima pemain import iaitu tiga dari Australia, penyerang Barisic Andrew Nicholas, 27, Mario Karlovic, 29, Andreas Grovac, 24 serta pemain dari Jepun, Keitsuke Ogawa, 28, dan penyerang Damir Vidovic dari Croatia.

Abdul Rahman berkata kesemua pemain import yang diuji malam tadi baru sahaja bersama pasukan untuk beberapa hari dan kehadiran mereka memberi sedikit ruang kepada pemain mencari keserasian.

"Saya baru kenal mereka beberapa hari lalu dan tempoh itu agak singkat untuk saya mengulas berhubung perkara ini jadi kita akan memberi masa kepada mereka terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di sini.

Pada perlawanan tersebut, Terengganu mengalahkan T-Team 2-0, hasil jaringan pemain tempatan, Mohd Ashari Samsuddin.

Abdul Rahman berkata beliau akan memberi pendedahan dan peluang terlebih dahulu kepada pemain import sebelum membuat keputusan muktamad.

Terengganu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan T-Team pada 26 November ini. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.