"24 jam selepas dilepaskan PBNJ dan pintu KAFA pula sudah tertutup rapat, karier bola sepak Nor Farhan Muhammad akhirnya diselamatkan negeri kelahirannya Terengganu semalam, dengan pilihan tawaran bermain untuk pasukan Terengganu atau pun T-Team musim depan"
Kuala Terengganu: Persoalan hala tuju pemain tengah Kelantan, Nor Farhan Muhammad bakal terjawab dalam masa terdekat.
Anak kelahiran Wakaf Tapai, Marang itu meminta dilepaskan Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) selepas mengikat perjanjian dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan diperkenankan Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.
Ketika dihubungi semalam bekas pemain sayap Kelantan itu sudah bersedia pulang ke negeri kelahiran sama ada untuk mewakili Terengganu atau T-Team.
"Buat masa ini saya belum putuskan untuk mewakili Terengganu atau T-Team kerana ada beberapa lagi perkara lagi perlu dipertimbangkan sewajarnya sebelum memberi kata putus.
"Yang saya tahu pada masa ini, saya sudah dilepaskan PBNJ untuk mewakili pasukan pilihan dan yang pasti saya tidak akan bersama Kelantan," katanya.
Ketika mewakili Kelantan, Nor Farhan membantu skuad The Red Warrior meraih gelaran Juara Piala FA tiga kali (2009, 2012 dan 2013), Juara Piala Malaysia dua kali (2010 dan 2012) serta juara Liga Super 2012.
"Sudah tiba masanya saya pulang ke Terengganu bagi mencurah bakti di kampung halaman sendiri.
Memang ada juga terima tawaran daripada pasukan lain namun saya sudah lama menyimpan hasrat pulang ke Terengganu".
Menurutnya, dia akan membuat pilihan selepas pertemuaan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
"Saya akan temui beliau terlebih dahulu sebelum buat keputusan agar tidak ada salah faham antara kedua-dua pasukan yang bernaung dibawah persatuan negeri yang sama.
"Yang penting, saya tetap memberi komitmen tinggi kepada pasukan yang akan saya wakili, tidak kira T-Team atau Terengganu," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif T-Team Abd. Rashid Jusoh berkata, keputusan kepulangan Nor Farhan dinantikan semua peminat bola sepak negeri ini.
"Kami di T-Team mengalukan kepulangannya untuk membantu pasukan meraih kejayaan musim baru," katanya. - Harian Metro

"Kenyataan Media PBNJ melepaskan Nor Farhan atas sebab-sebab peribadi dan keluarga"