Info Terkini :

Marzuki Yusof Nafi Sarung Jersi PDRM

Kuala Terengganu: Kapten T-Team Marzuki Yusof menafikan desas-desus akan menyarung jersi Polis Diraja Malaysia (PDRM) musim depan.

Pemain pertahanan itu terkejut dengan berita perpindahan sedangkan dia tidak pernah menerima tawaran daripada pasukan Liga Perdana itu.

“Saya kekal bersama T-Team dan tidak tahu menahu isu perpindahan ini. “Kontrak saya bersama T-Team hingga 2014 dan fokus utama terhadap pasukan ini musim depan selepas melalui musim ini yang mengecewakan,” katanya.

Dia yang mula menyarung jersi Terengganu sejak 2001 dan membantu pasukan itu merangkul Piala Malaysia pada tahun itu juga bertekad mahu mengulangi kejayaan bersama The Titans musim depan.

Bekas tonggak kebangsaan itu berharap T-Team lebih berjaya di bawah bimbingan jurulatih baru, Mohd Azraai Khor Abdullah. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.