Indonesia: Perpindahan pemain ini ke T-Team dikatakan masih belum selesai kerana kontraknya bersama Persipura Jayapura sehingga musim depan.
Memetik sumber dari Goal Indonesia, kekangan yang dihadapi adalah isu kontrak.
Hal itu dibangkitkan oleh Pengurus Persipura, Rudi Maswi. Rudy menjelaskan kontrak Patrich diikat 2 tahun oleh pasukan yang dikenali "Tim Mutiara Hitam" yang bermain Indonesia Super League (ISL) 2012/13 dan Persipura pun belum bersedia melepaskan Patrich.
Rudy berkata penyerang berusia 25 tahun itu memiliki pandangan yang berbeza mengenai kontraknya. Dalam syarat kontrak antara kedua pihak, apabila Patrich kekal untuk musim depan, dia akan menerima kenaikan kontrak hingga 10 persen dari kontrak awal.
Ketika ingin diberikan wang tambahan kontrak tersebut Patrich menolaknya. "Dia berpendapat kalau tidak menandatangani lagi dan tidak terima wang bererti dia tidak terikat lagi dengan Persipura. Wal hal tanda tangan kontrak musim lalu adalah untuk dua musim. Patrich kurang memahami perjanjian itu," kata Rudy.
"Memahami atau tidak, mungkin di sana dia dapat kontrak yang lebih tinggi lagi," kata Rudy. Di samping itu, Rudy melihat Patrich mahu lebih banyak beraksi di kesebelasan utama. "Kalau soal itu ianya terletak di tangan jurulatih," kata Rudy.
Pria yang juga menjawatan jawatan sebagai Pengurus pasukan Indonesia ini menjelaskan pengurusan Persipura mempertahan kenyataan dari pelatih Persipura, Jacksen Ferreira Tiago. Ketika ditanyakan jika T-Team bersedia membayar tebus kontrak kepada Persipura, Rudy memilih untuk berbincang.
"Kami akan tanyakan dulu Jacksen adakah masih mahukan Patrich atau tidak. Kalau dia tidak mahu, boleh bincang isu soal tebus kontrak. Tapi kalau Jacksen mahu mempertahankannya, tentu kami tidak akan melepaskannya," tegas Rudy. - Sumber