Info Terkini :

T-Team Mahu Pikat Kembali Nor Farhan

KUALA TERENGGANU: Hasrat pasukan berstatus kelab, T-Team untuk menggunakan kembali khidmat jentera tengah Kelantan, Mohd Nor Farhan Muhamad dalam kancah Liga Malaysia musim depan kembali cerah apabila pemain kelahiran Wakaf Tapai itu yang sebelum ini dikatakan berhijrah ke Johor Darul Takzim tidak menjadi kenyataan.

Ketua Pegawai  Eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh mengakui kenyataan yang dibuat oleh PBSNJ untuk melepaskan Mohd Nor Farhan adalah berita gembira bukan sahaja kepada pasukan T-Team malah sememangnya dinantikan oleh kesemua peminat bola sepak di negeri ini.

Menurut Ab Rasid, sememangnya nama  bekas pemain T-Team untuk musim 2012 itu antara yang tersenarai untuk bersama pasukan The Titans musim depan, bagaimanapun ketika itu masih di peringkat perbincangan kerana beliau masih lagi mengharungi perlawanan Piala Malaysia bersama Kelantan.

“Sememangnya tidak dinafikan  dia  bintang besar yang boleh menyinari mana-mana pasukan yang diwakilinya dan kami di T-Team amat mengalu-alukan kepulangannya untuk membantu pasukan meraih kejayaan di musim baru nanti.

“Apapun saya akan mengadakan perbincangan dengan beliau dalam masa terdekat dan T-Team sememangnya menyambut baik keputusan pemain  khususnya anak tempatan yang ingin kembali menguatkan pasukan, lebih-lebih lagi pemain yang sudah membuktikan kebolehan mereka dalam kancah bola sepak negara,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Nor Farhan ketika dihubungi mengakui sudah bersedia untuk pulang semula ke negeri kelahirannya, sama ada untuk mewakili Terengganu ataupun T-Team.

Begitupun, dia masih masih belum memutuskan untuk mewakili Terengganu ataupun T-Team kerana masih ada beberapa perkara lagi yang perlu pertimbangkan sewajarnya sebelum membuat keputusan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.