Info Terkini :

Pengajaran Berguna Buat Harimau Muda A

Kuala Lumpur: Skuad bawah 23 tahun negara yang dalam rangka persediaan menghadapi Sukan SEA Myanmar mendapat pengajaran berguna walaupun tewas 1-3 kepada skuad bawah 22 Jordan pada aksi persahabatan di Amman, semalam.

Gawang negara dibolosi tiga kali sebelum penyerang Rozaimi Abd Rahman cuba meniup semangat menerusi jaringan tunggal pada minit ke-77.
Pengendali Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau berpeluang menilai kelemahan yang masih wujud dalam kalangan pemain ketika temasya Sukan SEA akan berlangsung tidak sampai sebulan lagi.

“Paling ketara ketika bertahan dan pemain kerap hilang bola. Saya akan meneliti perkara ini dalam tempoh yang ada,” katanya.

Skuad negara yang tiba di Jordan selepas mengharungi Piala BIDC di Kemboja beberapa hari lalu sekali lagi akan menentang lawan sama hari ini sebelum kembali ke tanah air untuk menjalani latihan fasa terakhir. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.