Kuala Terengganu: Sejak kebelakangan ini, pelbagai cerita panas dan khabar angin yang timbul mengenai penyerang The Red Warriors, Mohd Nor Farhan Muhammad.
Melihat kepada laporan media dan komen-komen di laman sosial, ia tidak ubah seperti 'bermain tarik tali' antara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Farhan dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Malahan ada juga kritikan yang tidak menyenangkan dilemparkan kepada ketiga-tiga pihak tersebut.
Selepas sekian lama membisu, Farhan hari ini tampil meleraikan teka-teki itu dengan membuat pengesahan bahawa dia akan ke negeri kelahirannya, Terengganu.
Dalam laman Facebook, dia berkata: "Akhbar sudah mengeluarkan macam-macam cerita. Yang pasti ia bukan dari mulut saya sendiri.
"Jangan burukkan hubungan baik saya dengan KAFA. Memang KAFA membela nasib semua pemain dibawah jagaannya. Jadi jangan keruhkan keadaan dengan munulis 'auta' tanpa mengetahui 'fakta' yang sebenar.
"Saya memilih untuk berbakti kepada negeri sendiri (Terengganu). Menolak tawaran pun secara baik. Niat untuk pulang memang sudah ada, ditambah pula PBSNT sekarang dibawah pengurusan baru," kata Farhan.
Dalam pada itu, anak kelahiran Wakaf Tapai, Terengganu ini turut meluahkan kesedihannya kerana meninggalkan skuad Kelantan.
"Apa-apapun yang berlaku saya tetap gembira selama berbakti di bumi Kelantan. TRW terlalu dekat dengan saya. Tipu kalau hati tak sedih dan sebak memilih meninggalkan TRW.
"Jadi sama-samalah kita menjaga hubungan baik antara sesama manusia. Terima Kasih semua. Semoga peminat Peteh dapat menerima kepulangan saya, Insha'Allah," tambahnya.
Dalam 'post' yang terdahulu Farhan memohon maaf berhubung kekeliruan dan salah faham yang berlaku.
"Dengan tulus ikhlas dan rendah diri memohon maaf atas salah faham yang blaku. Jangan salahkan Tan Sri Annuar Musa.
"Beliau bapa pembangunan bolasepak Kelantan yang sentiasa cuba yg terbaik untuk menaikkan martabat bolasepak negeri Kelantan.
"Saya memilih untuk berpindah kerana ingin mencuba suasana yang baru. Jutaan terima kasih kepada seluruh warga TRW. Sokongan anda yang tidak berbelah bagi kepada pasukan amatlah bermakna. Teruskan menyokong pasukan kesayangan tanpa mengira siapa pemainnya.
"Sekali lagi saya memohon maaf dan berterima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa dan warga KAFA serta para penyokong. Ada rezeki kita jumpa lagi," kata Farhan. - Sumber

"Kenyataan Norfarhan di fanpagenya"