Info Terkini :

FAM Belum Terima Laporan Bantahan

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum menerima sebarang laporan bantahan dari mana-mana pasukan berhubung tindakan pemain yang didapati melanggar proses perpindahan membabitkan Borang C032.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan bantahan dari mana-mana pasukan berhubung tindakan pemain tidak mematuhi perjanjian.

“Borang C032 merupakan borang kontrak perjanjian sementara pemain tersebut dengan pasukan baru yang bakal diwakili yang perlu dimeterai tiga bulan sebelum kontrak bersama pasukan lama berakhir.

“Mana-mana pemain boleh buat rundingan termasuklah tawaran gaji serta kemudahan lain dan perlu menandatangani Borang C032.

“Tindakan ini perlu memandangkan seorang pemain tidak boleh menandatangani dua kontrak dalam satu masa, jadi selepas kontrak sebenar tamat barulah pemain tersebut boleh mempersetujui perjanjian baru.

“Seandainya pemain tersebut tandatangan Borang C032 dan membuat pusingan balik (U-turn) kepada pasukan lama ia didapati bersalah namun jika pasukan baru yang bakal disertai bersetuju tindakan pemain tersebut, ia bukan satu kesalahan lagi.

“Kita belum terima sebarang laporan berhubung isu ini dan berharap ia mampu diselesaikan secara berhemat seandainya ia berlaku,” katanya.

Hamidin berkata, situasi berlaku ini bukanlah hanya melibatkan pemain tetapi pegawai juga tidak terkecuali, gagal mematuhi prosedur semasa.

“Kalau kita lihat awal musim ini bukan sahaja pemain  malah pegawai pasukan itu sendiri walaupun diberikan penerangan serta pendedahan awal.

“Perkara ini mungkin berlaku kepada pemain dan pegawai baru kurang arif namun mereka perlu merujuk kepada FAM untuk maklumat lengkap dan terperinci bagi mengatasi masalah kemudian hari,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hamidin menjelaskan isu penemuan pistol di Stadium Shah Alam ketika aksi akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang, 3 November lalu diserahkan kepada polis.

“Isu ini di luar bidang kuasa kami dan kita serahkan kepada polis dan sebagaimana kita sedia maklum siasatan telah dijalankan,” katanya. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.