Info Terkini :

Azraai Khor Jurulatih Baru T-Team

KUALA TERENGGANU: Bekas jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah telah dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan T-Team bagi menghadapi kempen Liga Super musim depan.

Azraai Khor, 61, telah menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizam Mohd Zain berkata majlis menandatangani kontrak tersebut berlangsung di hadapan Presiden PBSNT Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid di pejabat persatuan itu di sini Rabu.

"Selepas ini, kita beri tumpuan kepada senarai pemain yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat memandangkan beberapa pemain masih ada baki kontrak bersama pasukan masing-masing," katanya.

Menurutnya T-Team sedang mengenal pasti beberapa pemain import bagi mengukuhkan pasukan itu pada musim depan antaranya pemain dari Croatia, Ivan Parlov dan pemain dari Brazil, Fabio Flor yang pernah mewakili Terengganu sebelum ini.

"Fabio Flor (kanan) pernah beraksi untuk pasukan Terengganu"

Sementara itu, Azraai berkata beliau yakin gabungan pemain tempatan dan import mampu meletakkan pasukan itu di tangga kelima terbaik dalam Liga Super musim depan berbanding tempat ke-10 musim ini.

"Setakat ini masih belum dapat senarai penuh pemain kerana ada sebahagian daripada mereka masih dalam kontrak namun saya telah mendapat bayangan kesebelasan utama pasukan itu," katanya.

Beliau berkata pasukan tersebut akan memulakan latihan pada minggu hadapan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.