PENYERANG Kelantan, Mohd Norfarhan Mohd membuat kejutan apabila berjaya memenangi Anugerah Penyerang Terbaik menyingkirkan seteru utamanya Norshahrul Idlan Talaha dari Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM 100Plus-Astro Arena 2013 yang berlangsung di Shah Alam, semalam.
Pemain berasal dari Wakaf Tapai, Terengganu yang lebih dikenali dengan jolokan ‘Ben10’, sama sekali tidak mempercayai mampu memenangi gelaran itu ekoran kurangnya beraksi pada pentas antarabangsa yang membuatkan dirinya tidak meletakkan harapan yang tinggi.
“Saya terkejut dengan kemenangan ini kerana saya rasa ada lagi pemain yang lebih bagus untuk menang anugerah ini.
“Namun, saya bersyukur kerana mampu juga menggondol anugerah ini yang saya sifatkan sebagai tonik terbaik bagi saya mengharungi musim depan bersama pasukan baharu iaitu Terengganu.
"Saya tujukan anugerah ini kepada keluarga dan penyokong Kelantan yang banyak membantu,” katanya. - Sumber