BENTENG pertahanan Harimau Muda perlu lebih kebal untuk menghadapi saingan perlawanan pada Sukan Sea di Myanmar, Disember ini.
Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata, baki masa yang ada akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperbaiki kelemahan dalam skuad bimbingannya.
Menurutnya, selain memperkuatkan lagi kekebalan benteng pertahanan, teknik penyudah perlu diperkemas lagi untuk memperoleh keputusan yang membanggakan.
“Kita akan memperbaiki teknik penyudah selain mengemaskan lagi gerakan-gerakan bola di setiap sudut.
“Selain teknik serangan, kita akan turut memperbaiki bahagian pertahanan supaya nampak lebih kukuh,” katanya kepada pemberita selepas tamat Perlawanan Persahabatan Harimau Muda menentang JDT II, di sini, malam kelmarin.
Kim Swee berkata, dia akan mencari gandingan sesuai untuk digandingkan dengan Mohd Fadhli Mohd Shas bagi membantu pemain itu memantapkan lagi barisan pertahanan.
Pada perlawanan persahabatan menentang JDT II di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, kedua-dua pasukan terikat keputusan seri tanpa jaringan. - Sumber