Info Terkini :

FAM Timbang Lanjut Tarikh Pendaftaran Pemain Import

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mempertimbangkan permintaan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran pemain import daripada Rabu ini kepada 17 Disember ini, sama dengan tarikh pendaftaran pemain tempatan.

Naib Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata pihaknya kini sedang menjalankan kajian teliti berhubung permintaan itu termasuk merujuk kepada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

"Dalam masa terdekat kita akan maklumkan tentang ketetapan yang dimaksudkan," katanya kepada pemberita pada seminar Taklimat Liga Malaysia (Liga-M) 2014 di sini hari ini.

Seminar tiga hari itu bermula Jumaat lepas dan disertai semua pasukan yang akan bertanding dalam Liga-M termasuk persatuan negeri, kelab dan pasukan yang akan bertanding pada Piala Presiden serta Piala FAM.

Seminar bagi menerangkan perkara berkaitan pengurusan Liga-M 2014.

Berhubung penambahan kuota pemain import bagi Liga-M musim depan, Afandi berkata kesemua pasukan akur dengan ketetapan 3+1, iaitu hanya tiga pemain import dibenarkan beraksi dalam satu-satu perlawanan manakala seorang lagi pemain di bangku simpanan.

Katanya penambahan daripada tiga kepada empat pemain import tetap mengekalkan syarat seorang daripada mereka mestilah dari Asia.

Sementara itu sebanyak 20 pasukan termasuk T-Team dan Felda United mengesahkan penyertaan dalam saingan Piala Presiden tahun hadapan. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.