Info Terkini :

Harimau Malaya Perlu Waspada Hadapi Bahrain

Kuala Lumpur: “Saya percaya kita bakal bertemu pasukan Bahrain yang lebih agresif di sana,” jelas tonggak pertahanan tengah kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak mengenai pertembungan Harimau Malaya dengan Bahrain di Manama pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada 15 November nanti.

Malaysia yang dibimbing Datuk K Rajagobal mengikat Bahrain 1-1 di Stadium Shah Alam, 15 Oktober lalu namun dalam aksi ketiga Kumpulan D itu, permainan dipamerkan Bahrain tidak menggambarkan kekuatan mereka selaku pasukan pilihan.

Justeru Aidil, 26, memberi peringatan kepada rakan sepasukan yang mereka bakal berdepan Bahrain yang berbeza apabila bertandang di gelanggang lawan itu nanti.

“Perlawanan di gelanggang lawan pasti sukar, bagi saya kami perlu berusaha sebaik mungkin dan sekurang-kurangnya perlu membawa pulang satu mata menentang Bahrain nanti.

“Kami perlu cuba habis-habisan kerana sekarang pasukan negara sudah mengumpul empat mata dan peluang masih ada untuk layak ke Piala Asia,” katanya.

Rekod anak buah Rajagobal di gelanggang lawan tidak begitu baik apabila tumpas 0-2 kepada Qatar di Doha pada perlawanan pembukaan kumpulan namun bangkit mengatasi pasukan tercorot Yaman 2-1 di Shah Alam. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.