Info Terkini :

Terengganu Senarai 20 Pemain Bagi Piala Emas Raja-Raja

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu (PBSMT) menyenaraikan 20 pemain untuk menghadapi saingan awal bola sepak Piala Emas Raja-Raja 2013, di Kluang Johor pada 8 hingga 10 Nov.

Pengurus pasukan Nor Zaidi Mohamad berkata mereka terdiri daripada bekas pemain negeri, Piala Presiden dan pemain Piala Emas yang lepas.

"Kami belum menyenaraikan pemain daripada Liga Super kerana kami ingin memberi pendedahan kepada pemain berkenaan terutamanya pemain bawah 21 tahun dalam Piala Presiden," katanya kepada Bernama di sini Sabtu.

Nor Zaidi berkata pada kejohanan tahunan ini, setiap pasukan dibenarkan diwakili oleh enam pemain daripada pemain Liga Super, namun Terengganu tidak menggunakan khidmat pemain tersebut dan sebaliknya menggunakan khidmat bekas pemain Piala Emas edisi sebelumnya.

Beliau berkata Terenggganu telah ditempatkan dalam kumpulan C bersama-sama pasukan tuan rumah Johor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk berentap di pusingan awal.

Juara dan naib juara kumpulan akan melayakkan diri ke pusingan suku akhir.

Nor Zaidi berkata beliau yakin pasukan Terengganu akan mampu melangkah jauh dalam kejohanan ini berdasarkan komitmen dan keyakinan pemain.

Katanya pasukan Terengganu dibimbing oleh bekas pemain negeri tahun 90-an, Mustafa Kamal dan Roshadi Wahab.

Pasukan Terengganu juga telah diuji dalam beberapa perlawanan persabatan sebelum memasuki latihan akhir di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 1 Nov. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.