Info Terkini :

Khairy Jamaluddin bidas FAM!

Seremban: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta menyediakan satu garis panduan mengenai penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang di Stadium Shah Alam, Ahad ini, bagi mengelak timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya tidak mahu masalah membabitkan aktiviti penjualan tiket sebelum ini berulang hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan akhirnya menjejaskan keselamatan peminat.

Katanya, badan induk bola sepak negara itu perlu memastikan penjualan tiket berjalan lancar supaya tidak lagi timbul masalah yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai yang ingin menyaksikan perlawanan itu nanti.

“Saya harap FAM laksanakan penjualan tiket secara tersusun kerana kita tidak mahu kes sebelum ini berulang lagi apabila ada penyokong tak dapat tiket selain pengagihan tiket tidak adil serta penyokong tidak dapat masuk ke stadium kerana penuh.

“Persatuan bola sepak negeri perlu bekerjasama menguruskan penyokong masing-masing dengan baik supaya perjalanan penjualan tiket bagi perlawanan akhir berjalan lancar selain aspek keselamatan diberikan keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Ragbi NS KGV 10 Sebelah 2013, di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, petang semalam.

Menurut Khairy, kegiatan ulat tiket juga perlu dibanteras seperti yang pernah berlaku pada final Piala FA sebelum ini dan beliau tidak mahu ada aduan atau pihak yang tidak puas hati kerana ada pihak cuba mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan melalui kegiatan tidak sihat itu.

Mengulas aspek keselamatan susulan kemungkinan tindakan provokasi penyokong, Khairy berkata, pihaknya mahu FAM bersama pasukan keselamatan mengambil tindakan progresif bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika perlawanan berlangsung.

“Saya percaya Stadium Shah Alam bakal dipenuhi penyokong Kelantan dan Pahang.

“Kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku justeru kawalan keselamatan perlu ditingkatkan dan ini bukan saja tanggungjawab FAM semata-mata tetapi juga semua pihak supaya perlawanan penutup tirai saingan Liga M musim ini berjalan lancar.” Kelantan yang juga juara bertahan mara ke final selepas menewaskan ATM dengan agregat 4-2 manakala Pahang menewaskan Sarawak juga dengan agregat 4-2 pada separuh akhir. - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.