Info Terkini :

Terengganu Sasar Satu Piala Musim Depan

Kuala Terengganu: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) sekadar meletakkan sasaran satu piala untuk jurulatih baru Abdul Rahman Ibrahim yang kembali membimbing skuad Penyu, musim depan.

Presiden Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, mereka tidak mahu terlalu membebankan bekas pengendali PKNS FC itu dengan sasaran terlalu tinggi kerana beliau memerlukan masa untuk membentuk pasukan jitu.

“Justeru, kami meletakkan sasaran dapat menjulang sekurang-kurangnya satu piala. Saya anggap sasaran itu bersesuaian dengan pengalaman dimiliki Abdul Rahman serta mampu dicapai selepas kami gagal melakukannya musim lalu,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di Pejabat PBSNT di Wisma Seri Amar, semalam. “Semua urusan sudah selesai dan kami yakin keputusan melantik Abdul Rahman sebagai ketua jurulatih Terengganu tepat. Kami yakin beliau mampu menjadikan pasukan ini antara pencabar terkuat musim depan.” Kontrak Abdul Rahman, 67, bersama majikan lama tamat pada 30 Oktober ini dan beliau akan mula membimbing skuad Penyu pada 4 November.

Tugas penolong jurulatih milik bekas pemain Terengganu, Mohamad Nik manakala bekas penjaga gawang kebangsaan, Zuber Ibrahim terus dikekalkan sebagai jurulatih penjaga gol.

Mengenai pemain import, Wan Ahmad Nizam berkata, mereka mengintai kelibat pemain Croatia dengan empat daripada mereka dijangka tiba di negeri ini pada 15 November bagi menjalani sesi pemilihan.

“Kami tidak mahu terburu-buru memilih pemain import, begitu juga untuk kuota Asia kerana kita perlu memilih pemain berkualiti bagi memastikan pelaburan berbaloi. Bagaimanapun, kami sudah ada beberapa nama pemain import dan masih berbincang dengan mereka.” Abdul Rahman pernah menjadi jurulatih kebangsaan (1998-2000), Selangor (2001-2002), Kelantan TNB FC (2004), Perlis (2005-2007), kelab Deltras Liga Indonesia (2008) dan PKNS (2009-2013). - Sumber
Share this article :
Share this Article on :
PERINGATAN: SkuadPenyu.Blogspot.Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Comments
0 Comments
 

web statistics
Sports ExactSeek: Relevant Web Search My Zimbio Top  blogs My Ping in TotalPing.com
© Copyright Skuad Bola Sepak Negeri Terengganu 2013 -2014 | Design by Hamba Allah.